assalamualaikum wbt.
hari pertama persekolahan. sebelum ni tak pernah terfikir untuk ada dalam situasi ni. dulu masa sekolah, bising, asyik fikir bila nak besar nak masuk U nak kerja. tapi sekarang, bila dah masuk matrik, start balik asasi di IPG ni, rasa nak balik ke alam persekolahan. asasnya, aku masih lagi di alam persekolahan. cuma yg membezakan alam tu, aku now 20 eh i mean 21 then pakai baju kurung bunga bunga dan boleh bawak handphone masuk kelas. itu sahaja. kadang kadang rasa nak tergelak pun ada. dulu bukan main kata tak nak jadi cikgu.
"ah, aku tak kira. cikgu tu memang tak ada dalam list kerja impian aku."
maklumlah, dulu hajat di hati kejap nak jadi doktor, kejap nak jadi pakar forensik pastu nak jadi doktor balik. tak tetap. nama pun hati. tapi tengok lah sekarang. pakai baju kurung, bawak bagpack, dan dipanggil 'cikgu' dan insyaALLAH, bakal jadi cikgu. itulah, ma selalu cakap, jangan benci sangat, nanti sayang jadinya.
being honest, aku takde lah respect mana pun pekerjaan cikgu ni dulu. dalam hati selalu kata,
"senang aje jadi cikgu ni. mengajar benda sama tiap tahun, lain orang aje yang diajarnya."
bila ingat balik perangai dulu, rasa malu dengan diri sendiri. masa masa ni lah, terkenang balik segala apa yang pernah dibuat at sekolah dulu. komen pakaian cikgu, asyik nak rehat awal, banyak sangat kalau nak listkan. rindu pulak zaman pakai kain biru. time tu rasa : sekolah ini, ana yang punya.
sekarang, bila jemput adik dengan kakchik dari sekolah, bermacam jenis students kita boleh tengok. masa tu lah hati rasa nak pergi betulkan apa yang mata rasa tak sedap pandang. padahal tengok budak budak tu macam tengok diri sendiri masa pakai kain biru. macam tengok cermin. mungkin ini yang orang kata matang. umur dah makin matang, dah mula boleh fikir yang sebenarnya, dunia ini bukan ana yang punya tapi dunia ini ana kongsi dengan ramai orang lain. mungkin. dan mungkin jugak aku dah dapat aura cikgu. cikgu disiplin? HAHA.