nuffnang ads

Wednesday, July 20, 2011

bakar mati.

ganas tak tajuk gua?? ahah! tak kan? tau tu. 

perokok. ye. alah, orang yang beli menatang yang stick tu lepas tu bakar then sedut lepas tu hembus asap dia. ingat dak? tu la perokok. aku sangat cukup sungguh tak suka perokok. aku takkan cakap benci sebab benci sound sgt harsh. tak suka. aku rasa dari aku darjah enam sampai la sekarang, selalu aje aku dengar kempen anti merokok tu. tapi. malas la aku nak ulas banyak banyak. aku pernah tanya sorang kawan aku ni, 

" apsal kau smoking ah wey? " 

dengan muka selamba dan sengih jahat dia jawab. 

" kau tahu tak merokok tu buatkan aku nampak lebih macho? rasa macam jantan la. "

okayyy. jawapan tu berjaya membuatkan aku rasa nak terkentut on the spot. apa masalah dia ni? majoriti lelaki yang aku tau dia merokok sebab nak rasa macho. eh lelaki, tak macho la, HANCHO. hancho okay? kalau kau rasa nak macho sangat depan pompuan, tu ha, gi jalan depan kami kami ni dengan perut ke depan. cuba la! tu lagi macho dari kau duk sedut asap tu la. faham? hish. benda simple pun susah nak faham.


fine. maybe ada yang akan cakap merokok sebab nak hilangkan tensen la bagai. pengaruh kawan la. eh helo! kalau kau tensen sangat pergi la sepak bola ke berenang ke. facebook pun ade. banyak lagi la. kalau kau nak cakap nk beli PSP bagai tu mahal, kau tak rasa yang kau bakar duit through rokok tu mahal jugak? 

tapi ada lagi satu hal yang buatkan aku rasa nak makan orang. GIRLS THAT ARE SMOKING. kali ni aku malu sikit sebab kaum aku yang buat ni. hari tu time aku nak lepak lepak dengan ayh su semua mmg aku sendiri yang witnessed benda ni. susah bhai wa cakap lu. malu benci kesian semua ada. bayangkan a girl, pure melayu dengan rambut yang aku dah tak boleh nk identify warna apa cutex kat jari warna hitam dengan rokok sebatang kat tangan. aduh! malu. rasa macam nak sorok muka dalam stroller muhammad. dan yang paling penting, SHE'S A MUSLIM. 


entah la. tak tahu la aku nak cakap apa. aku doa sangat adik adik aku tak terjebak dengan semua tu. jangan la nanti si kakchik tu jadi macam tu. so wahai lelaki lelaki dan perempuan perempuan di luar sana yang meroko tu stop la. huduh betol aku tengok. bukan aku sorang yang tengok gitu. ramai lagi. listen here :

Dear Smokers,

Please get a plastic bag and cover yourself whenever you want to start smoking to enable you to enjoy the smoke 100% by yourself. I don't want any percentage of it nor do my friends who don't smoke. Don't kill me if you want to kill yourself.

p/s : thanks for not smoking encik ba and gemok. i love it and i love you guys.

Monday, July 18, 2011

awak awak dan awak














shall i say it all over again ah gemok?

bila boring datang.


hari ni aku rasa hari yang agak stress. well, bukan agak tapi sangat stress. hari ni hari kutipan borang perjanjian * borang elaun * semua kena pastikan betul tepat cermat sihat semua. sumpah stress. time time ni la kan ada yang tak cop lagi yang tertinggal sijil kat bilik tak tahu mana letak copy ic penjamin la bagai. tak payah cakap orang lain kan? aku sendiri pun bagai nak terbang dua tiga kali balik bilik sebab tertinggal itu ini. check punya check ada je dalam beg. sakit hati kan? well, rasa macam nak sepak laju laju diri sendiri sebab sangat la careless.

time ni jugak aku kesian tengok KO aku si azam tu. kesian adik aku yang sorang tu. semua pakat nak tanya dia kan? aku tak salahkan dia bila dia tak boleh nak control emosi sikit tadi. * maaf ye dik, kakak tak buat dah lepas ni. * okay. habis cerita pasal borang perjanjian tu, masuk pulak cerita ICT. eheh. senang aje masuk kelas ni. masuk lab duduk cari pc mana yang nak guna then siapkan kerja yang TERTUNGGAK. alah, biasa la kan? STUDENT. boleh tak nak cakap macam tu? * evil grin di sini * 

hari ni subjek hanya dua sahaja. heaven kan? kalau kat matrik dulu mmg takkan jumpa la dua subjek satu hari aje. so hari ni ICT and ES. cakap pasal es, aku rasa ni subjek yang paling aku minat. entah la, mungkin sebab kena cari makna di sebalik apa short stories yang kita baca tu kot. kan? yela, nama pun English Studies. kalau dalam kelas ni, aku jarang sikit la nak mengantuk ni * yeke hanis hanini? anda pasti? * okay fine. aku ngantuk jugak. okaayyy. yang mengajar kami kami untuk ES is miss nenny djohara johari * i know that is a lawa name * she's super cool and nice. tapi hari ni aku tak tahu la kat mana salah silap nya, aku agak boring dalam kelas tu. so bila kebosanan melanda macam macam boleh jadi. 

ni group presentation aku. tu saiful. n yg baju merah tu azam. dorang tgh present cover buku.

 oh. ini tulisan err..emm..aku. ini waktu ngantuk. mana ada org tulis cantik cantik time ngantuk. kan kan??


haaaaaa. see? kalau boring mmg presentation pun aku jadi photographer aje. tulisan pun buruk cantik aje. that's the story for today. 

p/s : gemok, i miss you. and its like A LOT.

Sunday, July 17, 2011

kawan susah senang.

susah. susah nak jadi kawan yang macam tu. sangat susah jugak nak jumpa kawan yang macam tu. sepanjang aku hidup ni mmg aku jarang jumpa yang macam tu. i hope i will be that kind of friend. i really hope for that.

bukan tu yang aku nk story hari ni. tapi yang aku nk story is about a friend. a very good friend. maybe dia boleh masuk dalam list SAHABAT. sebab dia faham aku. dia kenal aku * kau kenal aku kan smurf? * bak kata dia otak kitorang dah ada bluetooth connection. * kat situ sudah terserlah ketidakbetulan nya * dia baik. best. tak kisah pun aku nak kutuk kutuk dia. tak kisah pun dengan aku yang sememangnya kurang lembut ni. dia faham. 

tak kisah la apa orang nak kata, yang aku tahu, we will and always be friend. we'll complete each other. yeah, i know i sound so jiwang but as i said, aku tak kisah as i really value friendship. 


and hey smurf, its nice to know you. may ALLAH bless. 

Tuesday, July 12, 2011

yang pergi tetap pergi.

does animal go to syurga?

korang mesti ada pets kan? and u must love them will all your heart limpa hati bagai kan? i do have pets. cat. banyak ekor jugak la. tapi ada sekor ni special sebab it was the only one yang tak pandai nak minum air cara kucing normal minum. dia minum guna botol. comel kan? that's lobo. oh sumpah sedih bila ma call and cakap lobo dah takde. ada orang langgar dia and campak dalam longkang. boleh tak jangan kurang ajar sangat? boleh tak kau imagine tu kucing kau?

aku terus nangis. masa tu dengan fatin jalan jalan. macam mana nak react? sedih sangat. kat belakang dapat dengar kakchik nangis. iyelah, tu nyawa dia kot. benda first dia cari bila balik sekolah bukan aku tapi kucing tu. benda yang dia bawak tidur tiap malam pun lobo la. benda yang dia duk gaduh-pastu-baik-balik pun lobo jugak.  benda yang dia marah marah pastu dia kiss pun lobo la. kesian dia. ma pun nangis.

lobo bukan macam kucing kucing yang sebelum ni kami bela. dia GILA. as in SANGAT GILA. kalau lapar bukan dia nak duk diam tapi dia akan mengucar kacirkan keadaan rumah sampai la ma bagi dia makan. kejam  kan? tapi tu la kesayangan kami. adik pun sedih. semalam ma cakap adik dengan kakchik tiap tiap petang duk cakap nak lobo nak lobo. sumpah aku rasa macam nak balik time tu jugak. kesian adik adik.

p/s : lobo, i really hope u'll go to heaven. u're such a good cat. and friend too. i'm gonna miss u buddy!