aku rasa malas. faham tak malas? malas sebab dah nak balik JB lusa. malas sebab beg lansung tak kemas lagi. malas sebab ada lagi homework tak siap. malas sebab lepas ni dah kena jalan pergi kelas. malas sebab aku ni pemalas. eh?
okay. kat sini memang terbuka la pengakuannya aku pemalas. hai mak mertua, sila jangan baca blog ini. (gua mohon mak mertua gua takde facebook twitter bagai ni. buat malu gua aje). tapi bukan la pemalas sangat sampai malas aku bergerak. itu dah melampau namanya. aku MASAK, MENYAPU, JEMUR BAJU. haaa. saja je nak caps lock. kot la nanti adik ipar baca ke kan?
sem ni aku exam. final. err, aku risau bila aku takde rasa takut lagi ni. parah. sepatutnya aku dah takut ni. tapi apsal aku rilek rilek lagi ni? *makan kacang sambil goyang kaki* kenapa? kenapa? mugkin sebab aku takde kat kolej lagi. and aku tak nampak lagi teman teman sekelas gigih belajar. mungkin. atau mungkin jugak aku masih lagi dihantui perkara perkara lagha seperti facebook, twitter, dan lain lain. dah kenapa aku buat ayat macam nak masuk pertandingan menulis karangan darjah 6?
ah, persetankan semua tu. yang aku musykilkan sekarang ialah tahap kemalasan aku yang semakin hari semakin meningkat ni. cikgu mana boleh malas malas kan? tapi apa yang kau expect bila duduk rumah? kau jarang balik rumah, pastu bila balik rumah haruslah nak bermalasan kat katil lama lama sikit. ye dak? dan bila dah bangun pulak haruslah puan ma dah siapkan sarapan. paling tidak, ada barang sebungkus dua nasi di atas meja beserta dengan donut dua tiga bijik inche ba beli. betol dak? haaa. mahu tak naik lemak?
tapi copp copp. aku still buat kerja. bila balik rumah ni, ya ALLAH, kanak kanak ramai. sepupu sepapat semua datang rumah. and yes, aku yang paling kakak. dah semestinya aku jadi babysitter. masyuk gua cakap sama lu. makan nak bersuap, tidur nak bercerita dulu. alahai. penat! tapi seronok. now aku tahu how puan ma feels. :') ma, i love you.
itu my atuk, tok ayah and that small baby, Alif Yahya.
ni ha Tina. minah ni, sekali dia mengamuk. mak ai. but i love her.
Izzah, the wangi girl.
yang lelaki tu adik and the bulat one is Mia. suka mintak dukung.
dan gua mohon, kalau nanti gua dah ada anak, tolong jangan gatal tangan cari blog ni. buat malu mama aje. kantoi la. masa anak dara mama pemalas. fuhh. macam dah ada anak. gatal! sigh.
Nice header ;)
ReplyDeletehaha. guess what. i found this after 2 months u posted it. thanks vy.
ReplyDelete