hari tu aku ada tengok satu talk show ni. apa saja FBI. iye dak? aku tak pernah tau pun kewujudan talk show tu sampai la hari tu. ala, tengok yang dh ulangan. time hari ibu. ada dua orang artis jemputan :
- shaheizy sam *buah hati sayang* bersama mummynya *apa khabar mak mertua?*
- lisa surihani *gadis cantik
macam saya* dan mummy nya.
bila faizal tanya kenapa sebab makcik tua tu dihantar ke situ, wanita tu jawab " sebab anak anak dia rasa mak dia ni pembawa malang dalam keluarga."
wat de heck punya anak?! ya ALLAH,sumpah kalau aku jumpa anak anak makcik tu aku nak tanya dia satu je soalan kat dorang " Kau dah bawak tuah yang cukup ke untuk orang tua kau?" . kalau aku tak tanya lagu tu pun mesti aku nak maki maki ja depa ni. tak pun tembak ja dengan senapang gajah. mampus lagi senang golongan golongan yang begini.
sampai hati kau? sampai hati kau buat macam tu kat orang yang susah payah kandungkan korang 9 bulan? apa kau ingat senang ke dia nak berjalan dalam keadaan perut boyot tu? jangan kata berjalan,nak bernafas pun semput semput tau? sampai hati kau sakitkan hati dia macam tu sekali? pernah tak kau imagine sakitnya mak hangpa semua lahirkan hangpa? hang ingat mak hang lahirkan hang dengan senyum gelak tawa riang gumbira ka masa nak push tu? sampai hati kau? macam tu je kau balas jasa mak kau yang sanggup bersengkang mata jaga kau time kau sakit? temankan kau belajar? bekerja keras untuk pastikan kau dapat apa yang kau nak? hantar kau belajar tinggi tinggi? macam tu je kau balas budi dan jasa dorang? memang la kau anak 'bertuah' sebab layanan kau kat mak kau 'first class' . syabbas bettey! syabbas!
kau tau tak mak tu orang yang paling istimewa dlm hidup kita? orang yang paling penting? dalam islam sendiri ckp ibu orang yang harus ditaati selepas ALLAH SWT dan Rasulullah SAW. faham tak apa yang cuba disampaikan di sini?
p/s : tak terfikir ke satu hari nanti anak kau akan buat benda yang sama kau buat kat mak kau sekarang? hukum karma derr. what you give, you get back.
No comments:
Post a Comment