nuffnang ads

Monday, November 19, 2012

well said.

assalamualaikum wbt.

dua hari yang lepas aku pergi rumah tok ayah. a normal visit. like i always do when i'm back home. dalam enak aku tengah tengok tibi tu, tok ayah datang duduk sebelah. diam aje. lepas tu dah lama tu, dia cakap,

"nanti kalau ada rezeki dapat kerja, jangan nak terus kahwin. ingat dekat ma dengan ba dulu. kalau kahwin, mana sempat nak bagi duit dekat ma dengan ba dah. susah sikit."

terpempan gua dibuatnya. ewaah. sebelum ni, tak pernah tok ayah nak mengutarakan isu kahwin. kalau sebelum ni aku sebut sikit pasal boipreng boipreng ni mula la nak bagi pandangan panah laser tapi tetiba semalam dia cakap macam tu. mahu gua tak terkejut. tapi, tapi gua buat muka cool aje. tanya dia kenapa. dia tak cakap apa apa. senyum lepas tu bangun masuk bilik dia.

ah sekali lagi gua terpempan. kenapa? lepas tu gua terpikir. siapa aje yang tak nak kahwin? tell me. mesti semua nak kan? haa. tak payah nak geleng geleng kepala. gua nak kahwin. sapa tak nak kan? ada suami, boleh nak mintak itu ini, shopping berteman,  kalau takut tengok lipas boleh suruh tolong halaukan, dan macam macam lagi. tapi betul jugak apa yg tok ayah gua nasihatkan tu. mungkin maksud dia bila gua dah kahwin gua hilang fokus dekat ma dengan ba. maklumlah, anak sulung macam gua ni. perempuan pulak tu. harapan keluarga lah katakan. cewwaaaaahhh.



bagi aku kahwin bukan something yang mudah. kahwin jugak bukan sebab i-love-you-and-you-love-me-so-we-should-get-married. no. memang la cinta tu perlu tapi kalau dengan cinta aje tak hidup kemana. ianya lebih kepada tanggungjawab. tanggungjawab kau sebagai seorang lelaki untuk jadi ketua keluarga, jadi imam, pembanting tulang dan banyak lagi dan jugak tanggungjawab kau sebagai seorang perempuan untuk jadi wanita yang terbaik untuk suami kau dan yang paling penting, tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk asuh didik sayang anak anak agar jadi anak yang soleh solehah boleh buat saham kat akhirat sana. itu kahwin. besar skop kahwin ni.

aku bukan lah sesapa nak cakap pasal kahwin ni. sekadar pendapat. mungkin betul apa yg tok ayah cakap. tapi soal jodoh bukan kat tangan kita. ALLAH SWT yang rancang. tapi rasanya aku tak sedia lagi kot. hati ni memang la kata nak kahwin. hish. gatal nak kahwin tu sentiasa ada. HAHA! tapi itu lah, sekali dipikir, bukan masanya lagi. tapi who knows kan?


Monday, November 12, 2012

cuti. sakan.

assalamualaikum wbt.

sekarang adalah cuti. cuti sekolah buat gua. haaa, jangan tak tahu, memandangkan gua adalah seorang pelajar Institut Pendidikan Guru (baca : Kampus Temenggung Ibrahim) , adalah menjadi tradisi bagi kami semua untuk bercuti bersama dengan kekanak sekolah yang lain. jangan tanya kenapa, mungkin nak kasi kami semua aura awal sebagai cikgu.


semoga sesiapa yg bakal jadi suami gua boleh bawak gua bercuti kat sini. [punca]

bercakap pasal cikgu, baru dua minggu lepas gua habis final exam. jugak jangan ditanya macam mana exam tu sebab berlaku jujurnya, gua pun tak pasti macam mana masa depan gua dengan exam tu. marilah sama sama kita semua mendoakan gua dan kekawan gua yang lain. agar kami sama sama dapat bertemu lagi tahun hadapan dan 4 tahun seterusnya.

dah kenapa gua menaip macam ni? gua pun tak pasti. dan gua rasa macam menaip untuk nak mintak kerja pulak. dan pasal soal kerja, ah tetiba pulak gua teringat gua nak mintak kerja. kenapa gua mintak kerja? sebab gua nak duit la brooo. mata duitan pulak rasanya bila cakap macam tu. tapi sebenarnya itulah hakikat hidup sekarang. semua nak pakai duit. berpeluh jugak bila fikir pasal duit ni. tapi sebenarnya, niat lain gua nak kerja ialah sebab gua nak beli handphone baru. sebab....phone gua, errr....jatuh. dalam toilet bowl. dan demi rasa sayang gua sebab tu adalah hadiah dari ba, gua masukkan tangan gua dalam tu sebab nak ambik balik handphone gua. dan toilet tu ialah public toilet. bukan toilet kat rumah. ah, kesalnya gua dengan perbuatan gua tu. tapi yelah kan, sayang. kalau dah sayyang tu apa pun sanggup buat. masukkan tangan dalam toilet bowl tu no big deal lah! handphone tu sekarang selamat dalam beg gua. nak baiki.

bukan phone gua. gambaran sahaja. [punca]

apa sebenarnya gua nak cakap ni? sebenarnya gua pun tak tahu. saja je nak bagitau gua cuti. tapi tetiba gua sedar yang : eh, sapa aje yang baca kan? haha. gua ni buat diri gua sendiri tergelak. ah lantak lah. hak blogging hak kami! so gua nak cakap jugak. gua now tengah cuti. sesapa yang nak buat english private tutor tu bagitau lah gua. gua ingat nak mengasah skill mengajar sikit.

p/s : toilet tu bersih. gua rasa gua takkan masukkan tangan kalau tak bersih. tapi apa pun, gua masukkan tangan dan gua masukkan tangan dalam public toilet bowl. sigh.