dua hari yang lepas aku pergi rumah tok ayah. a normal visit. like i always do when i'm back home. dalam enak aku tengah tengok tibi tu, tok ayah datang duduk sebelah. diam aje. lepas tu dah lama tu, dia cakap,
"nanti kalau ada rezeki dapat kerja, jangan nak terus kahwin. ingat dekat ma dengan ba dulu. kalau kahwin, mana sempat nak bagi duit dekat ma dengan ba dah. susah sikit."
terpempan gua dibuatnya. ewaah. sebelum ni, tak pernah tok ayah nak mengutarakan isu kahwin. kalau sebelum ni aku sebut sikit pasal boipreng boipreng ni mula la nak bagi pandangan panah laser tapi tetiba semalam dia cakap macam tu. mahu gua tak terkejut. tapi, tapi gua buat muka cool aje. tanya dia kenapa. dia tak cakap apa apa. senyum lepas tu bangun masuk bilik dia.
ah sekali lagi gua terpempan. kenapa? lepas tu gua terpikir. siapa aje yang tak nak kahwin? tell me. mesti semua nak kan? haa. tak payah nak geleng geleng kepala. gua nak kahwin. sapa tak nak kan? ada suami, boleh nak mintak itu ini, shopping berteman, kalau takut tengok lipas boleh suruh tolong halaukan, dan macam macam lagi. tapi betul jugak apa yg tok ayah gua nasihatkan tu. mungkin maksud dia bila gua dah kahwin gua hilang fokus dekat ma dengan ba. maklumlah, anak sulung macam gua ni. perempuan pulak tu. harapan keluarga lah katakan. cewwaaaaahhh.
aku bukan lah sesapa nak cakap pasal kahwin ni. sekadar pendapat. mungkin betul apa yg tok ayah cakap. tapi soal jodoh bukan kat tangan kita. ALLAH SWT yang rancang. tapi rasanya aku tak sedia lagi kot. hati ni memang la kata nak kahwin. hish. gatal nak kahwin tu sentiasa ada. HAHA! tapi itu lah, sekali dipikir, bukan masanya lagi. tapi who knows kan?
No comments:
Post a Comment