nuffnang ads

Monday, November 12, 2012

cuti. sakan.

assalamualaikum wbt.

sekarang adalah cuti. cuti sekolah buat gua. haaa, jangan tak tahu, memandangkan gua adalah seorang pelajar Institut Pendidikan Guru (baca : Kampus Temenggung Ibrahim) , adalah menjadi tradisi bagi kami semua untuk bercuti bersama dengan kekanak sekolah yang lain. jangan tanya kenapa, mungkin nak kasi kami semua aura awal sebagai cikgu.


semoga sesiapa yg bakal jadi suami gua boleh bawak gua bercuti kat sini. [punca]

bercakap pasal cikgu, baru dua minggu lepas gua habis final exam. jugak jangan ditanya macam mana exam tu sebab berlaku jujurnya, gua pun tak pasti macam mana masa depan gua dengan exam tu. marilah sama sama kita semua mendoakan gua dan kekawan gua yang lain. agar kami sama sama dapat bertemu lagi tahun hadapan dan 4 tahun seterusnya.

dah kenapa gua menaip macam ni? gua pun tak pasti. dan gua rasa macam menaip untuk nak mintak kerja pulak. dan pasal soal kerja, ah tetiba pulak gua teringat gua nak mintak kerja. kenapa gua mintak kerja? sebab gua nak duit la brooo. mata duitan pulak rasanya bila cakap macam tu. tapi sebenarnya itulah hakikat hidup sekarang. semua nak pakai duit. berpeluh jugak bila fikir pasal duit ni. tapi sebenarnya, niat lain gua nak kerja ialah sebab gua nak beli handphone baru. sebab....phone gua, errr....jatuh. dalam toilet bowl. dan demi rasa sayang gua sebab tu adalah hadiah dari ba, gua masukkan tangan gua dalam tu sebab nak ambik balik handphone gua. dan toilet tu ialah public toilet. bukan toilet kat rumah. ah, kesalnya gua dengan perbuatan gua tu. tapi yelah kan, sayang. kalau dah sayyang tu apa pun sanggup buat. masukkan tangan dalam toilet bowl tu no big deal lah! handphone tu sekarang selamat dalam beg gua. nak baiki.

bukan phone gua. gambaran sahaja. [punca]

apa sebenarnya gua nak cakap ni? sebenarnya gua pun tak tahu. saja je nak bagitau gua cuti. tapi tetiba gua sedar yang : eh, sapa aje yang baca kan? haha. gua ni buat diri gua sendiri tergelak. ah lantak lah. hak blogging hak kami! so gua nak cakap jugak. gua now tengah cuti. sesapa yang nak buat english private tutor tu bagitau lah gua. gua ingat nak mengasah skill mengajar sikit.

p/s : toilet tu bersih. gua rasa gua takkan masukkan tangan kalau tak bersih. tapi apa pun, gua masukkan tangan dan gua masukkan tangan dalam public toilet bowl. sigh.

No comments:

Post a Comment