nuffnang ads

Wednesday, January 2, 2013

:)

assalamualaikum wbt.

hari pertama persekolahan. sebelum ni tak pernah terfikir untuk ada dalam situasi ni. dulu masa sekolah, bising, asyik fikir bila nak besar nak masuk U nak kerja. tapi sekarang, bila dah masuk matrik, start balik asasi di IPG ni, rasa nak balik ke alam persekolahan. asasnya, aku masih lagi di alam persekolahan. cuma yg membezakan alam tu, aku now 20 eh i mean 21 then pakai baju kurung bunga bunga dan boleh bawak handphone masuk kelas. itu sahaja. kadang kadang rasa nak tergelak pun ada. dulu bukan main kata tak nak jadi cikgu.

"ah, aku tak kira. cikgu tu memang tak ada dalam list kerja impian aku."

maklumlah, dulu hajat di hati kejap nak jadi doktor, kejap nak jadi pakar forensik pastu nak jadi doktor balik. tak tetap. nama pun hati.  tapi tengok lah sekarang. pakai baju kurung, bawak bagpack, dan dipanggil 'cikgu' dan insyaALLAH, bakal jadi cikgu. itulah, ma selalu cakap, jangan benci sangat, nanti sayang jadinya.

being honest, aku takde lah respect mana pun pekerjaan cikgu ni dulu. dalam hati selalu kata,

"senang aje jadi cikgu ni. mengajar benda sama tiap tahun, lain orang aje yang diajarnya."

bila ingat balik perangai dulu, rasa malu dengan diri sendiri. masa masa ni lah, terkenang balik segala apa yang pernah dibuat at sekolah dulu. komen pakaian cikgu, asyik nak rehat awal, banyak sangat kalau nak listkan. rindu pulak zaman pakai kain biru. time tu rasa : sekolah ini, ana yang punya.

sekarang, bila jemput adik dengan kakchik dari sekolah, bermacam jenis students kita boleh tengok. masa tu lah hati rasa nak pergi betulkan apa yang mata rasa tak sedap pandang. padahal tengok budak budak tu macam tengok diri sendiri masa pakai kain biru. macam tengok cermin. mungkin ini yang orang kata matang. umur dah makin matang, dah mula boleh fikir yang sebenarnya, dunia ini bukan ana yang punya tapi dunia ini ana kongsi dengan ramai orang lain. mungkin. dan mungkin jugak aku dah dapat aura cikgu. cikgu disiplin? HAHA.


Monday, November 19, 2012

well said.

assalamualaikum wbt.

dua hari yang lepas aku pergi rumah tok ayah. a normal visit. like i always do when i'm back home. dalam enak aku tengah tengok tibi tu, tok ayah datang duduk sebelah. diam aje. lepas tu dah lama tu, dia cakap,

"nanti kalau ada rezeki dapat kerja, jangan nak terus kahwin. ingat dekat ma dengan ba dulu. kalau kahwin, mana sempat nak bagi duit dekat ma dengan ba dah. susah sikit."

terpempan gua dibuatnya. ewaah. sebelum ni, tak pernah tok ayah nak mengutarakan isu kahwin. kalau sebelum ni aku sebut sikit pasal boipreng boipreng ni mula la nak bagi pandangan panah laser tapi tetiba semalam dia cakap macam tu. mahu gua tak terkejut. tapi, tapi gua buat muka cool aje. tanya dia kenapa. dia tak cakap apa apa. senyum lepas tu bangun masuk bilik dia.

ah sekali lagi gua terpempan. kenapa? lepas tu gua terpikir. siapa aje yang tak nak kahwin? tell me. mesti semua nak kan? haa. tak payah nak geleng geleng kepala. gua nak kahwin. sapa tak nak kan? ada suami, boleh nak mintak itu ini, shopping berteman,  kalau takut tengok lipas boleh suruh tolong halaukan, dan macam macam lagi. tapi betul jugak apa yg tok ayah gua nasihatkan tu. mungkin maksud dia bila gua dah kahwin gua hilang fokus dekat ma dengan ba. maklumlah, anak sulung macam gua ni. perempuan pulak tu. harapan keluarga lah katakan. cewwaaaaahhh.



bagi aku kahwin bukan something yang mudah. kahwin jugak bukan sebab i-love-you-and-you-love-me-so-we-should-get-married. no. memang la cinta tu perlu tapi kalau dengan cinta aje tak hidup kemana. ianya lebih kepada tanggungjawab. tanggungjawab kau sebagai seorang lelaki untuk jadi ketua keluarga, jadi imam, pembanting tulang dan banyak lagi dan jugak tanggungjawab kau sebagai seorang perempuan untuk jadi wanita yang terbaik untuk suami kau dan yang paling penting, tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk asuh didik sayang anak anak agar jadi anak yang soleh solehah boleh buat saham kat akhirat sana. itu kahwin. besar skop kahwin ni.

aku bukan lah sesapa nak cakap pasal kahwin ni. sekadar pendapat. mungkin betul apa yg tok ayah cakap. tapi soal jodoh bukan kat tangan kita. ALLAH SWT yang rancang. tapi rasanya aku tak sedia lagi kot. hati ni memang la kata nak kahwin. hish. gatal nak kahwin tu sentiasa ada. HAHA! tapi itu lah, sekali dipikir, bukan masanya lagi. tapi who knows kan?


Monday, November 12, 2012

cuti. sakan.

assalamualaikum wbt.

sekarang adalah cuti. cuti sekolah buat gua. haaa, jangan tak tahu, memandangkan gua adalah seorang pelajar Institut Pendidikan Guru (baca : Kampus Temenggung Ibrahim) , adalah menjadi tradisi bagi kami semua untuk bercuti bersama dengan kekanak sekolah yang lain. jangan tanya kenapa, mungkin nak kasi kami semua aura awal sebagai cikgu.


semoga sesiapa yg bakal jadi suami gua boleh bawak gua bercuti kat sini. [punca]

bercakap pasal cikgu, baru dua minggu lepas gua habis final exam. jugak jangan ditanya macam mana exam tu sebab berlaku jujurnya, gua pun tak pasti macam mana masa depan gua dengan exam tu. marilah sama sama kita semua mendoakan gua dan kekawan gua yang lain. agar kami sama sama dapat bertemu lagi tahun hadapan dan 4 tahun seterusnya.

dah kenapa gua menaip macam ni? gua pun tak pasti. dan gua rasa macam menaip untuk nak mintak kerja pulak. dan pasal soal kerja, ah tetiba pulak gua teringat gua nak mintak kerja. kenapa gua mintak kerja? sebab gua nak duit la brooo. mata duitan pulak rasanya bila cakap macam tu. tapi sebenarnya itulah hakikat hidup sekarang. semua nak pakai duit. berpeluh jugak bila fikir pasal duit ni. tapi sebenarnya, niat lain gua nak kerja ialah sebab gua nak beli handphone baru. sebab....phone gua, errr....jatuh. dalam toilet bowl. dan demi rasa sayang gua sebab tu adalah hadiah dari ba, gua masukkan tangan gua dalam tu sebab nak ambik balik handphone gua. dan toilet tu ialah public toilet. bukan toilet kat rumah. ah, kesalnya gua dengan perbuatan gua tu. tapi yelah kan, sayang. kalau dah sayyang tu apa pun sanggup buat. masukkan tangan dalam toilet bowl tu no big deal lah! handphone tu sekarang selamat dalam beg gua. nak baiki.

bukan phone gua. gambaran sahaja. [punca]

apa sebenarnya gua nak cakap ni? sebenarnya gua pun tak tahu. saja je nak bagitau gua cuti. tapi tetiba gua sedar yang : eh, sapa aje yang baca kan? haha. gua ni buat diri gua sendiri tergelak. ah lantak lah. hak blogging hak kami! so gua nak cakap jugak. gua now tengah cuti. sesapa yang nak buat english private tutor tu bagitau lah gua. gua ingat nak mengasah skill mengajar sikit.

p/s : toilet tu bersih. gua rasa gua takkan masukkan tangan kalau tak bersih. tapi apa pun, gua masukkan tangan dan gua masukkan tangan dalam public toilet bowl. sigh.

Wednesday, September 26, 2012

darah dan daging

assalamualaikum wbt.

terasa comel bila tadi dapat mesej dari si AmirYusoff :

"Kakak, call kejap."

lalu si kakak call sebab fikir dah lama tak bercakap dengan anak teruna seorang ini. rupa rupanya si adik cuak nak trial MUET esok. mula dengan suara macho dia tu lah.

"Kau tengah buat apa tu?" amboi, kau ingat kakak tak tahu kau rindu?

si adik yang cuak ni nak bertanya apa yang nak dijawab esok untuk paper writing. aku senyum lagi. mentang mentang aku nak jadi teacher, memang aku lah kamus kau kan Amir? bercakap panjang lebar, bagi explanation pasal thesis statement semua tu then i ended the call.

nak menitis air mata ni bila rindukan adik adik. kalau dulu, pantang jumpa asyik nak gaduh aje. serius tak tipu. aku cukup anti dengan Amir dulu. tak tahu kenapa. pantang jumpa mesti ada yang tak suka, mesti akhirnya bergaduh. aku pernah kena kurung dalam toilet dengan dia sebab bertumbuk dengan Amir. yeah, bertumbuk. pernah kena marah dengan ba sebab tumbuk Amir jugak. harap maklum, aku dulu masa muda muda memang kerja tumbuk Amir aje. since dia sorang je ada masa tu memang dia aje.

masa sekolah, aku satu sekolah dengan dia. rendah dan menengah. time sekolah paling elak jumpa dia sebab dia for sure akan mintak duit. kadang kadang kalau bertembung dengan dia dalam sekolah pun boleh  buat muka tak kenal. boleh tahan jugak dulu dulu. ye dak?

sekarang? boleh kata 360 darjah bertukar. kalau dulu tak suka dia ada, tapi sekarang kalau balik rumah dan dia takde, rasa rumah tak lengkap. kalau dulu bercakap mesti nak bercekau aje sekarang dah boleh lepak sesama dengar dia story pasal awek(s) dia. dulu kalau dia mintak duit mula la aku nak melenting mengamuk, sekarang kalau dia mintak duit aku dah boleh tahap rasa berdosa pulak kalau tak bagi dia. dulu tak pernah nak terfikir nak cakap sayang dia ke apa, sekarang dah boleh cakap even it's in writing.

lain. time did change us. and Alhamdulillah, it's for our own good. having siblings, sometimes it makes you feel like you hate everyone in this world, but without them, trust me, life has no meaning at all. your siblings may put you in trouble, buat kau rasa hey-aku-nak-cekik-kau tapi serious, you can never hate them. and lagi lagi kalau kau yang sulung. bukan la nak gebang cakap besar, but when we have them, we hardly think of ourself. tak kisah kau tak dapat asal kau boleh tengok adik adik kau senyum. that smile, is a pure satisfaction.

baru sedar. baru sedar adik adik semua dah besar panjang. dah boleh bawak berbincang pasal masa depan. makin dorang besar makin dorang perlukan kita. they may be the most mischievous person on earth but you need them as much as you need your next breathe. and for my adik adik, i can never explain or express how i feel for you. but i hope you guys know well that i love you. each and everyone of you. life will be miserable without you guys. you may bring tears to  my eyes but most of the time, you're the reason while i smile proudly. and Amir, good luck for esok. i know you can do it. :D


p/s: you know me well too. right?



Monday, September 17, 2012

dream a little dream of me.


we live beautifully in our dreams. but waking up from it?

siapa kata bermimpi tu indah? ada mimpi indah dan ada mimpi tak indah. adat bermimpi. kadang kita tersedar dengan senyuman, mungkin hari lain kita sedar dengan menangis sedu sedan. tak siapa tahu kan? 

mimpi waktu tidur dan mimpi waktu jaga dua situasi yang tak sama. dah banyak kali terfikir. aku ni banyak sangat bermimpi. samada dalam tidur mahupun jaga. ni namanya pesen tak sedar diri asyik nak bermimpi aje. =.='' dan kadang kadang mimpi tu aku tahu, aku takkan dapat jadikan satu realiti pun. tapi aku masih lagi bermimpi. bak kata mat saleh 'dare to dream.' yeah, i dare to dream even when i know it will not come alive. never. 

salah ke bermimpi? tak. bermimpi tu tak salah. kalau bermimpi tu salah,  maka takdelah orang orang hebat yang berdiri gah di mata dunia. takde lah dunia indah yang dimulakan dari mimpi. tapi, bermimpi tu salah bila mimpi yang pastinya tak nyata tu dibawa dalam realiti. macam mana? bila mana kau tahu yang kau akan sakit tapi kau masih berani untuk bermimpi dengan impian kau akan dapat jadikan mimpi tu satu kenyataan. itu namanya bodoh. bodoh sebab kau masih lagi nak bermimpi walau kau sakit. hey, dah kalau kau sakit tu tak usah nak bermimpi lah. mimpi tu mainan tidur! bangun. bangun dari mimpi tu. supaya kau sedar yang sampai bila bila, mimpi tu hanya satu mimpi dan takkan dapat dibawa ke alam realiti. faham?

p/s: saya mimpi awak semalam. again. :)