nuffnang ads

Sunday, July 22, 2012

memang aku ini anak perantauan.


assalamualaikum wbt.

semalam 1 Ramadhan. i wasn't home. as expected. sobs sobs. tiket nak balik mahal sangat. puan ma dan encik ba pun memang tak bagi balik. kadang kadang diri ini tertanya jugak aku ni anak kandung ma ke tak. eh, saiton betul gaya pemikiran. 
so aku spent la weekend aku a.k.a 1st Ramadhan kat rumah cik best friend. uh uh. well, to be honest, aku bukanlah 100% asli gembira nak balik rumah ida. happy tu happy tapi hati dah melekat kat rumah. biasala kan? 
alahai. sekejap aje separuh hati tu. haa kau, jumpa aje si ida tu terus tak hingat dunia. at least i feel i was home. her family was so nice. i felt i was home at that point of time. alih alih, aku happy jugak duduk sana. rasa tak nak balik kolej pun ada. mengada kan? biasalah. 
being far from home, ajar aku banyak benda. well, nak duduk jauh ni, banyak yang kita kena ada dalam diri. nak duduk jauh bukan benda senang, tak jugak susah. duduk jauh kena : 

1. kuat dalaman. bukan kuat batin, hati tu. hati. hati kena kuat. ingat senang ke kalau spesis homesick sepanjang tahun macam gua ni? susah gua cakap lu. tapi itu lah, hati kena kuat. ingat balik nawaitu datang. nak belajar or kerja or ikut suami apa apa aje lah. nawaitu tu penting.




2. berjimat. oh yeah, ini rasanya patut letak nombor satu tapi tak pe lah. haa, duduk jauh ni jangan main tibai aje nak beli apa. macam aku, amboi, mentang mentang dapat elaun, seronok sakan awal bulan tu. pastu akhir bulan mulalah nak tweet pasal megi. ye dak? so, bila duduk jauh di perantauan ni, kena la belajar jimat. takdelah hujung bulan aje buat suara sedih call family mintak duit. 





3. kuatkan pendirian. eh, rasanya sama aje dengan yang no. 1 tu. hmphh. takpelah, banyak sikit point gua. okay. bercakap pasal pendirian ni, kita jangan cepat mengalah. maksud aku mengalah di sini tak kira dari sudut tekanan waktu belajar, kerja mahupun shopping. ya. shopping. kenapa shopping? kalau duduk jauh mesti kita keluar dengan kawan kan? then kawan ni bawak pengaruh yang kuat. betul dak? haa. gua bukan nak cakap kawan tu tak elok, maksud gua di sini, kalau korang nampak kawan korang shopping, korang fikir dulu, perlu tak korang beli barang yang korang rasa berkenan tu. kalau perlu, beli lah. tapi kalau setakat sebab hati rasa berkenan, tak payah la. trust me, nescaya korang akan menyesali perbuatan itu. aku memang selalu macam tu. and bagus juga sebenarnya kalau korang shopping bawak kawan ni. akan ada yang tanya, " PASTI KAU NAK BELI YANG TU?" haaa. tu macam satu wake up call buat anda. ye kan?



4. jangan lambat beli tiket. tak kisahlah tiket bas ke keretapi ke kapal terbang ke kapal selam ke, silalah beli di awal waktu. macam solat jugak lah. takde tiket untuk balik boleh jadi worse case ever aku cakap kau. tambah tambah kalau yang duduk Johor nak balik Kelantan macam aku ni. tiket bas tu macam cendawan goreng yang di jual lepas hujan. eh? kaunter tiket bukak pukul 8 pagi, pukul 230 petang dah habis. ini betul. ini bukan main main. ini realiti. so kalau anda duduk jauh, sila lah. sila lah aware akan tarikh cuti. ataupun berkawan dengan orang yang aware dengan tarikh cuti. tak rugi tak rugi.



well, rasanya ni lah yang aku boleh kongsi. eceh. actually, segala apa di atas tu ialah segala apa yang berlaku kat aku sekarang. yeah. tak payah tgk orang lain, diri sendiri ni haa yang banyak masalah. :) 

p/s: when i look at you, i'm home.