nuffnang ads

Thursday, July 21, 2011

pendidik.

hari ni hari jumaat. yeah, semua tau tu. ditakdirkan pulak hari ni takde kelas * yahuuuuuuuuu kat sini * tapi. ye ada tapi nya, tapi kami kami WAJIB menghadiri satu seminar. seminar jiwa pendidik. * eceh, bunyi dah macam bekerjaya kan? *


dekna and fatin. ehemm. mmg begini seminar kami.


yang kat bawah tu artwork aku. * wink wink * atas tu, tuan pengarah yang kami kami cintai. 


again, its dekna and fatin. dekna tak leh blah siap ada peace peace.

frankly speaking takde apa pun yang aku dapat from seminar tu. macam teruk kan? macam mana nak jadi cikgu kalau macam ni? insyaALLAH, boleh berubah ke arah yang lebih baik kan? insyaALLAH. so seminar tu hanya melibatkan pembentangan kertas kerja. yang first pasal stres and the second one is about kaunseling if aku tak silap. so macam yang aku cakap la. takde apa yang aku dapat. serius takde. tapi at least aku boleh spend time dengan friends. kelas maths pun batal so mmg aku end up golek golek aje dalam bilik ni. tak sedar diri kerja menggunung mintak di siapkan. hanis hanini memang macam ni. kan? bila nak sedar ni? 

Wednesday, July 20, 2011

bakar mati.

ganas tak tajuk gua?? ahah! tak kan? tau tu. 

perokok. ye. alah, orang yang beli menatang yang stick tu lepas tu bakar then sedut lepas tu hembus asap dia. ingat dak? tu la perokok. aku sangat cukup sungguh tak suka perokok. aku takkan cakap benci sebab benci sound sgt harsh. tak suka. aku rasa dari aku darjah enam sampai la sekarang, selalu aje aku dengar kempen anti merokok tu. tapi. malas la aku nak ulas banyak banyak. aku pernah tanya sorang kawan aku ni, 

" apsal kau smoking ah wey? " 

dengan muka selamba dan sengih jahat dia jawab. 

" kau tahu tak merokok tu buatkan aku nampak lebih macho? rasa macam jantan la. "

okayyy. jawapan tu berjaya membuatkan aku rasa nak terkentut on the spot. apa masalah dia ni? majoriti lelaki yang aku tau dia merokok sebab nak rasa macho. eh lelaki, tak macho la, HANCHO. hancho okay? kalau kau rasa nak macho sangat depan pompuan, tu ha, gi jalan depan kami kami ni dengan perut ke depan. cuba la! tu lagi macho dari kau duk sedut asap tu la. faham? hish. benda simple pun susah nak faham.


fine. maybe ada yang akan cakap merokok sebab nak hilangkan tensen la bagai. pengaruh kawan la. eh helo! kalau kau tensen sangat pergi la sepak bola ke berenang ke. facebook pun ade. banyak lagi la. kalau kau nak cakap nk beli PSP bagai tu mahal, kau tak rasa yang kau bakar duit through rokok tu mahal jugak? 

tapi ada lagi satu hal yang buatkan aku rasa nak makan orang. GIRLS THAT ARE SMOKING. kali ni aku malu sikit sebab kaum aku yang buat ni. hari tu time aku nak lepak lepak dengan ayh su semua mmg aku sendiri yang witnessed benda ni. susah bhai wa cakap lu. malu benci kesian semua ada. bayangkan a girl, pure melayu dengan rambut yang aku dah tak boleh nk identify warna apa cutex kat jari warna hitam dengan rokok sebatang kat tangan. aduh! malu. rasa macam nak sorok muka dalam stroller muhammad. dan yang paling penting, SHE'S A MUSLIM. 


entah la. tak tahu la aku nak cakap apa. aku doa sangat adik adik aku tak terjebak dengan semua tu. jangan la nanti si kakchik tu jadi macam tu. so wahai lelaki lelaki dan perempuan perempuan di luar sana yang meroko tu stop la. huduh betol aku tengok. bukan aku sorang yang tengok gitu. ramai lagi. listen here :

Dear Smokers,

Please get a plastic bag and cover yourself whenever you want to start smoking to enable you to enjoy the smoke 100% by yourself. I don't want any percentage of it nor do my friends who don't smoke. Don't kill me if you want to kill yourself.

p/s : thanks for not smoking encik ba and gemok. i love it and i love you guys.

Monday, July 18, 2011

awak awak dan awak














shall i say it all over again ah gemok?

bila boring datang.


hari ni aku rasa hari yang agak stress. well, bukan agak tapi sangat stress. hari ni hari kutipan borang perjanjian * borang elaun * semua kena pastikan betul tepat cermat sihat semua. sumpah stress. time time ni la kan ada yang tak cop lagi yang tertinggal sijil kat bilik tak tahu mana letak copy ic penjamin la bagai. tak payah cakap orang lain kan? aku sendiri pun bagai nak terbang dua tiga kali balik bilik sebab tertinggal itu ini. check punya check ada je dalam beg. sakit hati kan? well, rasa macam nak sepak laju laju diri sendiri sebab sangat la careless.

time ni jugak aku kesian tengok KO aku si azam tu. kesian adik aku yang sorang tu. semua pakat nak tanya dia kan? aku tak salahkan dia bila dia tak boleh nak control emosi sikit tadi. * maaf ye dik, kakak tak buat dah lepas ni. * okay. habis cerita pasal borang perjanjian tu, masuk pulak cerita ICT. eheh. senang aje masuk kelas ni. masuk lab duduk cari pc mana yang nak guna then siapkan kerja yang TERTUNGGAK. alah, biasa la kan? STUDENT. boleh tak nak cakap macam tu? * evil grin di sini * 

hari ni subjek hanya dua sahaja. heaven kan? kalau kat matrik dulu mmg takkan jumpa la dua subjek satu hari aje. so hari ni ICT and ES. cakap pasal es, aku rasa ni subjek yang paling aku minat. entah la, mungkin sebab kena cari makna di sebalik apa short stories yang kita baca tu kot. kan? yela, nama pun English Studies. kalau dalam kelas ni, aku jarang sikit la nak mengantuk ni * yeke hanis hanini? anda pasti? * okay fine. aku ngantuk jugak. okaayyy. yang mengajar kami kami untuk ES is miss nenny djohara johari * i know that is a lawa name * she's super cool and nice. tapi hari ni aku tak tahu la kat mana salah silap nya, aku agak boring dalam kelas tu. so bila kebosanan melanda macam macam boleh jadi. 

ni group presentation aku. tu saiful. n yg baju merah tu azam. dorang tgh present cover buku.

 oh. ini tulisan err..emm..aku. ini waktu ngantuk. mana ada org tulis cantik cantik time ngantuk. kan kan??


haaaaaa. see? kalau boring mmg presentation pun aku jadi photographer aje. tulisan pun buruk cantik aje. that's the story for today. 

p/s : gemok, i miss you. and its like A LOT.

Sunday, July 17, 2011

kawan susah senang.

susah. susah nak jadi kawan yang macam tu. sangat susah jugak nak jumpa kawan yang macam tu. sepanjang aku hidup ni mmg aku jarang jumpa yang macam tu. i hope i will be that kind of friend. i really hope for that.

bukan tu yang aku nk story hari ni. tapi yang aku nk story is about a friend. a very good friend. maybe dia boleh masuk dalam list SAHABAT. sebab dia faham aku. dia kenal aku * kau kenal aku kan smurf? * bak kata dia otak kitorang dah ada bluetooth connection. * kat situ sudah terserlah ketidakbetulan nya * dia baik. best. tak kisah pun aku nak kutuk kutuk dia. tak kisah pun dengan aku yang sememangnya kurang lembut ni. dia faham. 

tak kisah la apa orang nak kata, yang aku tahu, we will and always be friend. we'll complete each other. yeah, i know i sound so jiwang but as i said, aku tak kisah as i really value friendship. 


and hey smurf, its nice to know you. may ALLAH bless. 

Tuesday, July 12, 2011

yang pergi tetap pergi.

does animal go to syurga?

korang mesti ada pets kan? and u must love them will all your heart limpa hati bagai kan? i do have pets. cat. banyak ekor jugak la. tapi ada sekor ni special sebab it was the only one yang tak pandai nak minum air cara kucing normal minum. dia minum guna botol. comel kan? that's lobo. oh sumpah sedih bila ma call and cakap lobo dah takde. ada orang langgar dia and campak dalam longkang. boleh tak jangan kurang ajar sangat? boleh tak kau imagine tu kucing kau?

aku terus nangis. masa tu dengan fatin jalan jalan. macam mana nak react? sedih sangat. kat belakang dapat dengar kakchik nangis. iyelah, tu nyawa dia kot. benda first dia cari bila balik sekolah bukan aku tapi kucing tu. benda yang dia bawak tidur tiap malam pun lobo la. benda yang dia duk gaduh-pastu-baik-balik pun lobo jugak.  benda yang dia marah marah pastu dia kiss pun lobo la. kesian dia. ma pun nangis.

lobo bukan macam kucing kucing yang sebelum ni kami bela. dia GILA. as in SANGAT GILA. kalau lapar bukan dia nak duk diam tapi dia akan mengucar kacirkan keadaan rumah sampai la ma bagi dia makan. kejam  kan? tapi tu la kesayangan kami. adik pun sedih. semalam ma cakap adik dengan kakchik tiap tiap petang duk cakap nak lobo nak lobo. sumpah aku rasa macam nak balik time tu jugak. kesian adik adik.

p/s : lobo, i really hope u'll go to heaven. u're such a good cat. and friend too. i'm gonna miss u buddy!

buah jantung limpa paru hati.

okaaaay. let me introduce you my boipren. dah lama nak tunjuk sapa dia ni sebenarnya tapi baru sekarang tergerak hati tu nk tunjuk.


abg bumble bee. lovelovelovelove.

hensem kaaannn? oh saya tau. okay okay. bukan tu yang aku nk cakap. well,i do really wish that i can have bumble bee. he's so super cute. rasa macam nak gigit gigit je tau! i'm going to talk about TRANSFORMERS 3 : DARK OF THE MOON. maannnn! super great! sumpah tak tipu bila aku cakap citer tu best. scene semua mantop. well, kalau la korang nak tengok citer robot robot gaduh gaduh and u wanna cry upon it, THIS is the best i can give u. thumbs up untuk movie ni. ibu jari kaki pun aku up kan jugak untuk movie ni. tak kisah la orang nak cakap apa tapi mmg aku nangis bila scene abg bee ni nak farewell kat sam. oh my oh my. sangat sweet dan touching. and not to forget to that fatherly optimus prime yg sangat la kacak bagi aku. juga pada dino si ferrari yang seksi tu. anda seksi,tahu? :) 

juga pada autobots yang sememangnya comel dan cute bagi aku. bila aku nk dapat kereta macam tu? * gemok, can ah? * even aku rasa macam takde fungsi je minah tu dalam citer tu. okay yes, maybe dia berfungsi untuk mengalih tumpuan megatron and berjaya buat megatron musnahkan sentinel yang kurang ajar tu. tpi still i tak nampak apa significance nye. taper la. tak mencacatkan lansung pun. 

p/s : gemok, can i have bumble bee? pleeeaasseeee?

Tuesday, July 5, 2011

untung ke cantik?

cuba tanya satu soalan : SIAPA TAK NAK CANTIK ANGKAT TANGAN? *bunyi cengkerik tiba tiba* 

semua orang nak cantik. semua orang nak dipandang cantik. siapa tak nak kan? cuba tanya apa tu definisi cantik? nobody can give you the real definition of it. cantik is universal. cantik tu abstrak. cantik tu depends pada mata yang memandang. jangan hanya fokus pada orang tapi luaskan view pada benda benda lain jugak. contoh :

- bagi orang lain fasha sandha tu lawa. bagi aku sandal mak aku lagi menarik tertarik dan bedeboomm!
- some people might say queen latifa tu tak lawa. tapi bagi aku dia lawa. vouge okay? 
-kalau gi satu pameran  lukisan ada orang akan tengok lukisan sambil sambil senyum dan angguk kepala. kalau aku gi pameran lukisan pusing la kepala aku 360 darjah pun aku takkan faham apa yang si pelukis tu cuba sampaikan * i need to bawak gemok if i nk gi pameran lukisan. he's good at that.*


okay. aku rasa mungkin setakat tu aje kot aku nak bagi example kan? okay. apa sebenarnya aku nak cakap ni? aku pun takde idea tapi aku rasa nak menulis. apa rasa korang jadi cantik ah? aku tak tahu la kan sebab aku tak tergolong dalam kumpulan tu tapi apa yang aku dapat tengok since aku jejak kaki ke sini macam macam ragam dan gaya yang sebahagiannya boleh buat aku rasa nak muntah guling guling sambil gelak tekan perut. tahu la kau lawa cantik gojes bagai kan? tapi jangan la sampai semua laki kau nak sapu kan? tau la kau tu ada gaya manja gedik dan menggoda tapi.. entah la. nak kata tak cukup umur lagi tak mungkin la. dh ada gaya mak mak orang pun dah. entah la. kadang kadang aku sendiri pun rasa macam nak sumpah sumpah je golong golongan gini. aku yang perempuan ni pun geli geleman bulu ketiak dengar. faham tak? tolong jangan mudah sangat. satu minggu kenal text each other then kaple. kita ni wanita gadis. kita bukan di zaman jahiliah. kita di zaman dimana wanita dah boleh duduk sama tinggi and berdiri sama rendah dengan lelaki tau? jangan rendahkan diri anda sebab golongan lelaki lelaki ya. 


she IS beautiful okay?

p/s : beauty is only a skin deep and its in the eyes of the beholder. 

orang nak cakap aku tak lawa. so what? i care less. 

Friday, July 1, 2011

jangan geli sangat boleh dak?

kamu kamu semua.

masa minggu orientasi kt IPTI hari tu,kami budak budak junior yang comel lagi cute  ni di beri satu 'tugasan'. MINTAK SIGN JPP. oh yes, a heaven task! mmg aku suka mintak mintak sign ni * mata ke atas tangan di bahu lidah jelir sikit * okay okay. aku tau apa fungsi benda alah tu. nak suh kami kenal dengan lagi rapat dan mesra ahli JPP tu kan? murni nya kamu kamu.

so aku yang naif baik nigi la mintak sorang sorang. alahai. becinta betol. punya la susah nak mintak sign. suh eja nama bagi betol la. nk number IC la. tanya nama bapak la. eh, dah nama pun bapak kau,nk pulak aku tau sape nama dia? macam macam la dia nak. bosan aku. rasa macam nak guling guling sakit hati.

okay. tapi bukan tu aku nak crita. ada cerita lain. pasal dua orang minah ni. sorang senior dan sorang junior. aku ni bukan la suka suki senang hati nak senyum kat orang tapi dah adat la kan, orang senyum kat kita, kita senyum la balik. ye dak? aku rasa macam ada la dekat 100089.78 kali aku senyum kat dia. tapi boleh pulak dia wat tak nampak. ades! apa kau ingat kau lawa sangat? pigi dah. nyampah aku la. dh dh. benci aku. kalau kau tak nak senyum,kau jangan nak membebel orang tak senyum kat kau. orang dah senyum tapi kau buat bodoh. atau kau mmg bodoh? jawab yer.
ini post pertama di johor.

as u all tau, i sekarang kat johor. *okay aku geli* ye ye. aku sekarang kat johor. IPTI. tak yah la tanya apa tu IPTI. aku malas nak taip panjang panjang ni. dah dua minggu dah duk sini. baru sekarang ada masa nak menaip bagai. okay. IPG is great. how should i put it into words. life kat sini tak macam kat matrik. kan dulu kat matrik jadual macam nak putus nafas nak ikut semua tu. tapi kat sini lapang la dada dan sengih lebar la tengokkan jadual tu. 

well, first time masuk sini dengan orientation week bagai tu, ada jugak la rasa macam nak lari balik sebab stesen bas sangat la dekat kalau kau melaung panggil rumet pun rumet kau boleh dengar if dia ada kat stesen bas tu. melampau kan? eheh. saje je. nak over sikit.

selalu aje rasa nak balik tu. alah, common la. tapi kali ni kena kuatkan hati dan kaki. kelas maha jauh. ibarat pergi kelas pakai deodorant sampai kelas kena pakai balik. itulah perbandingan yang paling tepat untuk gambarkan situasi kami di sini. oh tak lupa juga kat sini aku kena pakai high heel. oh ya jangan tak percaya. sakit jugak la kaki tu. adala jugak rasa jalan terkangkang kangkang tu. ya saya tau funny. saya tau. 

then kat sini, tiap tiap hari makan kat luar. menu tiap hari nasi goreng kampung. bajet la. elaun tak masuk lagi ni. sedih kan hidup? time makan ni mula la kepala tu imagine tengah makan asam pedas yang ma buat kan. imagine nasi ayam ke. ha,kenyang jugak la perut tu. aku tau perangai tu kurang sopan. tau sangat. tapi buat jugak.

kawan kawan kat sini pun best. rumet aku yang sorang tu pun best. budak selangor. afiqah namanya. sebaya aku je. classmate pun not half bad. ramai jugak la yang sebaya and masuk air jugak la. fatin, dekna, syitah, intan, kirin, nani and saiful. ini geng senior umur ya? 

in a nutshell, life here is not half bad but aint all waltz either. banyak lagi nak kena belajar. sungguh tak tipu.

papabear pun being sangat concern. tanya dah dapat ramai kawan ke belum. macam tak tahu aje aku ni cakap banyak kan? sayang kamu la gemok.